ARAHAN 20 : DASAR DAN MEKANISME PENGURUSAN DAN BENCANA ALAM
Arahan ini diwujudkan sekitar 11 Mei 1997 oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) merupakan suatu arahan eksekutif yang dikeluarkan YAB Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat.
Arahan ini bertujuan untuk menggariskan dasar dan mekanisme pengurusan bencana secara menyeluruh termasuk peranan dan tanggungjawab Agensi kerajaan, badan berkanun, pihak swasta danbadan-badan sukarela meliputi peringkat semasa, sebelup dan selepas berlaku sesuatu bencana bagi mengelakkan pembaziran, konflik serta pertindihan peranan.
Kekerapan kejadian bencana di darat dan penyelarasan tindakbalas agensi pengurusan bencana di darat adalah penting.
JENIS-JENIS KEJADIAN BENCANA DI BAWAH ARAHAN INI
1- Bencana alam termasuk tsunami,banjir,ribut,taufan,gempa bumi,kemarau,tanah runtuh.
2- Bencana industi seperti letupan,kebakaran,pencemaran,kebocoran bahan bahaya di kilng/loji dan lain-lain.
3- Kemalangan melibatkan pengangkutan,penyaluran,pemindahan barang berbahaya.
4- Keruntuhan bangunan/struktur khas.
5- Kemalangan udara di kawasan tinggi.
6- Pelanggaran/gelinciran keretapi/lain-lain sistem pengangkutan.
7- Kebakaran yang melibatkan kawasan yang luas.
8- Empangan / takungan air yang pecah.
9- Kemalangan,biologi,radiologi dan nuklear.
10-Kejadian jerebu.
11-Penularan wabak penyakit yang tidak berjangkit.
12-Lain-lain bencana yang diisytiharkan oleh kerajaan.
Kejadian yang tidak diiktiraf bukan dianggap sebagai bencana tertakluk di bawah arahan20.
Tiga tahap membantu pengurusan bencana :
|
Tahap I
|
Tahap II
|
Tahap III
|
Peringkat Bencana
|
Daerah
|
Negeri
|
Pusat
|
Nama Jawatankuasa Pengurusan
Bencana
|
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD)
|
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)
|
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP)
|
Jenis Bencana
|
Kejadian kecil, setempat, terkawal dan tiada
potensi untuk merebak
|
Kejadian serius dan merebak ke dua (2) daerah dan
lebih
|
Bencana lebih kompleks di dua (2) buah negeri dan
lebih serta mengambil masa lama
|
Sumber
|
Dapat dilaksana menggunakan sumber setempat
|
Bantuan aset, kewangan dan sumber di peringkat
Negeri serta bantuan yang terhad dari peringkat Pusat
|
Penggemblingan aset, kewangan dan sumber yang
lebih besar atau melalui bantuan dari luar negara
|
Pengerusi Jawatankuasa
|
Pegawai Daerah
|
YB Setiausaha Kerajaan Negeri
|
YB Menteri yang dilantik oleh YAB Perdana Menteri
|
Komander Operasi Bencana
|
Ketua Polis Daerah
|
Ketua Polis Negeri
|
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan
Ketenteraman Awam, PDRM
|
Timbalan Komander Operasi Bencana
|
Pegawai Bomba Daerah
|
Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri
|
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM
|
Komander Kawalan Hadapan
|
Dilantik oleh Komander Operasi Bencana mengikut
kepakaran dalam menasihat tindakan mengikut jenis bencana
|
Kawasan bencana terbahagi kepada (3) zon :
Zon merah :
M
eliputi kawasan yang ditetapkan oleh Komander Operasi
Bencana bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat oleh Agensi Penyelamat
dan pasukan-pasukan khas yang mempunyai kepakaran tertentu sahaja. Kebenaran
masuk ke dalam zon ini perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada
Komander Operasi Bencana dengan nasihat Komander Kawalan Hadapan.
Zon Kuning ;
kawasan di luar tempat kejadian yang ditetapkan oleh Komander
Operasi Bencana untuk menempatkan pos-pos Agensi Penyelamat dan pasukan-pasukan
khas yang mempunyai kepakaran tertentu. Penempatan pos-pos dan akses masuk ke
zon ini perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Komander Operasi
Bencana.
Zon hijau :
Zon ini adalah kawasan di luar Zon Kuning yang menempatkan
pos-pos dan petugas-petugas Agensi Bantuan dan Pemulihan serta badan-badan
sukarela. Zon ini juga menempatkan Pusat Pengurusan Media, Pusat Keluarga
Mangsa, Pusat Kaunseling, Tempat Bekalan Makanan, Tempat Rehat dan Tempat
Mayat. Lain-lain fungsi zon ini akan diputuskan oleh Komander Operasi Bencana.
Komander Operasi Bencana akan melantik Komander Kawalan
Hadapan (Forward
Commander) untuk mengetuai semua operasi mencari dan
menyelamat di tempat kejadian. Komander Kawalan Hadapan ini hendaklah terdiri
daripada mana-mana Komander pasukan Agensi Penyelamat. Tugas Komander Kawalan
Hadapan adalah untuk menilai dan melaporkan situasi Bencana kepada Komander
Operasi Bencana. Pihak media juga dibenarkan untuk mendapatkan maklumat dan
berita berkenaan kejadian bencana. Satu kawasan yang dikenali sebagai Pusat Pengurusan
Media yang diwujudkan di Zon Hijau. Pusat yang diselaras oleh Jabatan
Penerangan ini akan memudahkan pihak media untuk mendapatkan maklumat melalui
sesi sidang media yang akan disampaikan oleh Pegawai yang berkelayakan.
Prosedur ini diwujudkan supaya hanya fakta penting disampaikan kepada orang
awam bagi mengelak berlakunya kekeliruan yang tidak diingini. Seterusnya, pihak yang merancang untuk memohon bantuan kemanusiaan dari
luar negara atau menghantar bantuan kemanusiaan ke luar negara hendaklah
terlebih dahulu merujuk kepada MKN. Berdasarkan Arahan ini, MKN sebagai Agensi
Peneraju Utama pengurusan bencana Negara bertanggungjawab untuk menyelaras
pelaksanaan bantuan kemanusiaan supaya pelaksanaannya selari dengan keputusan
dasar Kerajaan serta instrumen antarabangsa seperti perjanjian, memorandum
persefahaman, deklarasi dan sebagainya yang telah dimetrai Kerajaan dengan
pihak antarabangsa. Peranan yang boleh dimainkan Agensi
Kerajaan, badan berkanun, pihak swasta dan badan sukarela dalam mencapai
matlamat pengurusan bencana secara berkesan.Setiap
pihak boleh bekerjasama untuk melaksanakan setiap perkara yang telah digariskan
di dalam Arahan ini. Kerjasama yang boleh dijalinkan adalah seperti membantu
melaksanakan program-program kesedaran dan kependidikan awan berkaitan
pengurusan bencana, membantu menyalurkan bantuan dari segi penggunaan logistik
pada waktu yang diperlukan, menyalurkan sumbangan kewangan kepada Kumpulan Wang
Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) serta menggembleng tenaga dalam
usaha-usaha pengurangan risiko bencana.
References :
PortalBencana