Tuesday, 31 March 2015

ARAHAN 20


ARAHAN 20  :  DASAR DAN MEKANISME PENGURUSAN DAN BENCANA ALAM

Arahan ini diwujudkan sekitar 11 Mei 1997 oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) merupakan suatu arahan eksekutif yang dikeluarkan YAB Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat.
Arahan ini bertujuan untuk menggariskan dasar dan mekanisme pengurusan bencana secara menyeluruh termasuk peranan dan tanggungjawab Agensi kerajaan, badan berkanun, pihak swasta danbadan-badan sukarela meliputi peringkat semasa, sebelup dan selepas berlaku sesuatu bencana bagi mengelakkan pembaziran, konflik serta pertindihan peranan.
 Kekerapan kejadian bencana di darat dan penyelarasan tindakbalas agensi pengurusan bencana di darat adalah penting.

   JENIS-JENIS KEJADIAN BENCANA DI BAWAH ARAHAN INI

1-  Bencana alam termasuk tsunami,banjir,ribut,taufan,gempa bumi,kemarau,tanah runtuh.
2-  Bencana industi seperti letupan,kebakaran,pencemaran,kebocoran bahan bahaya di kilng/loji dan        lain-lain.
3-  Kemalangan melibatkan pengangkutan,penyaluran,pemindahan barang berbahaya.
4-  Keruntuhan bangunan/struktur khas.
5-  Kemalangan udara di kawasan tinggi.
6-  Pelanggaran/gelinciran keretapi/lain-lain sistem pengangkutan.
7-  Kebakaran yang melibatkan kawasan yang luas.
8-  Empangan / takungan air yang pecah.
9-  Kemalangan,biologi,radiologi dan nuklear.
10-Kejadian jerebu.
11-Penularan wabak penyakit yang tidak berjangkit.
12-Lain-lain bencana yang diisytiharkan oleh kerajaan.

Kejadian yang tidak diiktiraf bukan dianggap sebagai bencana tertakluk di bawah arahan20.

Tiga tahap membantu pengurusan bencana :




Tahap I
Tahap II
Tahap III
Peringkat Bencana
Daerah
Negeri
Pusat
Nama Jawatankuasa Pengurusan Bencana
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD)
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP)
Jenis Bencana
Kejadian kecil, setempat, terkawal dan tiada potensi untuk merebak
Kejadian serius dan merebak ke dua (2) daerah dan lebih
Bencana lebih kompleks di dua (2) buah negeri dan lebih serta mengambil masa lama
Sumber
Dapat dilaksana menggunakan sumber setempat
Bantuan aset, kewangan dan sumber di peringkat Negeri serta bantuan yang terhad dari peringkat Pusat
Penggemblingan aset, kewangan dan sumber yang lebih besar atau melalui bantuan dari luar negara
Pengerusi Jawatankuasa
Pegawai Daerah
YB Setiausaha Kerajaan Negeri
YB Menteri yang dilantik oleh YAB Perdana Menteri
Komander Operasi Bencana
Ketua Polis Daerah
Ketua Polis Negeri
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, PDRM
Timbalan Komander Operasi Bencana
Pegawai Bomba Daerah
Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM
Komander Kawalan Hadapan
Dilantik oleh Komander Operasi Bencana mengikut kepakaran dalam menasihat tindakan mengikut jenis bencana




















    Kawasan bencana terbahagi kepada (3) zon :

Zon merah :

Meliputi  kawasan yang ditetapkan oleh Komander Operasi Bencana bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat oleh Agensi Penyelamat dan pasukan-pasukan khas yang mempunyai kepakaran tertentu sahaja. Kebenaran masuk ke dalam zon ini perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Komander Operasi Bencana dengan nasihat Komander Kawalan Hadapan.


Zon Kuning ;

kawasan di luar tempat kejadian yang ditetapkan oleh Komander Operasi Bencana untuk menempatkan pos-pos Agensi Penyelamat dan pasukan-pasukan khas yang mempunyai kepakaran tertentu. Penempatan pos-pos dan akses masuk ke zon ini perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Komander Operasi Bencana.


Zon hijau :

Zon ini adalah kawasan di luar Zon Kuning yang menempatkan pos-pos dan petugas-petugas Agensi Bantuan dan Pemulihan serta badan-badan sukarela. Zon ini juga menempatkan Pusat Pengurusan Media, Pusat Keluarga Mangsa, Pusat Kaunseling, Tempat Bekalan Makanan, Tempat Rehat dan Tempat Mayat. Lain-lain fungsi zon ini akan diputuskan oleh Komander Operasi Bencana.


Komander Operasi Bencana akan melantik Komander Kawalan Hadapan (Forward Commander) untuk mengetuai semua operasi mencari dan menyelamat di tempat kejadian. Komander Kawalan Hadapan ini hendaklah terdiri daripada mana-mana Komander pasukan Agensi Penyelamat. Tugas Komander Kawalan Hadapan adalah untuk menilai dan melaporkan situasi Bencana kepada Komander Operasi Bencana. Pihak media juga dibenarkan untuk mendapatkan maklumat dan berita berkenaan kejadian bencana. Satu kawasan yang dikenali sebagai Pusat Pengurusan Media yang diwujudkan di Zon Hijau. Pusat yang diselaras oleh Jabatan Penerangan ini akan memudahkan pihak media untuk mendapatkan maklumat melalui sesi sidang media yang akan disampaikan oleh Pegawai yang berkelayakan. Prosedur ini diwujudkan supaya hanya fakta penting disampaikan kepada orang awam bagi mengelak berlakunya kekeliruan yang tidak diingini. Seterusnya,  pihak yang merancang untuk memohon bantuan kemanusiaan dari luar negara atau menghantar bantuan kemanusiaan ke luar negara hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada MKN. Berdasarkan Arahan ini, MKN sebagai Agensi Peneraju Utama pengurusan bencana Negara bertanggungjawab untuk menyelaras pelaksanaan bantuan kemanusiaan supaya pelaksanaannya selari dengan keputusan dasar Kerajaan serta instrumen antarabangsa seperti perjanjian, memorandum persefahaman, deklarasi dan sebagainya yang telah dimetrai Kerajaan dengan pihak antarabangsa. Peranan yang boleh dimainkan Agensi Kerajaan, badan berkanun, pihak swasta dan badan sukarela dalam mencapai matlamat pengurusan bencana secara berkesan.Setiap pihak boleh bekerjasama untuk melaksanakan setiap perkara yang telah digariskan di dalam Arahan ini. Kerjasama yang boleh dijalinkan adalah seperti membantu melaksanakan program-program kesedaran dan kependidikan awan berkaitan pengurusan bencana, membantu menyalurkan bantuan dari segi penggunaan logistik pada waktu yang diperlukan, menyalurkan sumbangan kewangan kepada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) serta menggembleng tenaga dalam usaha-usaha pengurangan risiko bencana.

References :

PortalBencana















No comments:

Post a Comment